• Main
  • News

Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib
Oleh Ustaz Osman Abdul Halim

JANGAN TINGGALKAN MEMBACA AYAT KURSI.

Amalkan membaca Ayat Kursi dalam kehidupan seharian kita, khususnya pada 3 waktu ini:

1. Selepas solat fardu.

Bacalah Ayat Kursi setiap kali selesai menunaikan solat fardu lima waktu.

2. Ketika keluar dan masuk rumah.

Jadikan zikir dan doa sebagai amalan ketika keluar dan masuk rumah, sambil memohon perlindungan Allah SWT.

3. Sebelum tidur

Bacalah Ayat Kursi sebelum melelapkan mata sebagai amalan memohon perlindungan Allah sepanjang malam.

Firman Allah SWT:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

“Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, yang tidak mengantuk dan tidak tidur.”
— Surah al-Baqarah, ayat 255

Pesanan buat diri dan keluarga:

- Jangan tunggu hati terasa takut baru hendak berzikir. Jadikan Ayat Kursi sebagai amalan harian, mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dengan rahmat dan perlindungan-Nya.

- Semoga lidah kita sentiasa basah dengan zikrullah dan hati kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT. آمين يا رب العالمين ????

Masjid Ayer Molek