TAZKIRAH PAGI NI
Selawat yang sebenar ialah kerana Allah, sebagai tanda cinta, ta‘zim dan mengikuti perintah Allah serta mencintai Rasulullah ﷺ — bukan semata-mata kerana mengharapkan habuan dunia atau sesuatu kepentingan.
Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi...”
(Surah al-Ahzab: 56)
- Jadi, kita berselawat kerana Allah memerintahkan kita berselawat kepada Nabi ﷺ.
- Namun, apabila kita berselawat dengan ikhlas kerana Allah, jangan pula kita menolak fadilat yang Allah janjikan. Antaranya, Nabi ﷺ bersabda bahawa sesiapa berselawat kepada Baginda sekali, Allah berselawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
Kita bukan berselawat kerana mahukan ganjaran, tetapi kita berselawat kerana Allah. Ganjaran itu adalah kemurahan Allah yang datang sebagai buah daripada amal tersebut.
*“Beramal kerana Allah, bukan kerana sesuatu yang selain Allah.”*
-----------------------------------
TALAQQI AL-QURAN
Khamis 7 Rabiulawal 1448H.
20 Ogos 2026M
Bacaan Al-Quran secara talaqqi disertai bacaan terjemahan dari
*Surah Al-Mujadalah ayat ke 9 - 11*
Dipimpin oleh:
- *Ustaz Osman bin Abd Halim*
Bacaan terjemahan oleh:
- *Tn. Hj. Mokhtaruddin Abu Samah*
https://www.facebook.com/MasjidAirMolek
https://masjidayermolek.com/
Untuk yg nak menyumbang tabung masjid:
No akaun *04010003360719*
Lembaga Masjid Ayer Molek
Bank Muamalat Berhad