• Main
  • News

Tiga Hak Agama Dan Tiga Hak Makhluk Yang

Tiga Hak Agama Dan Tiga Hak Makhluk Yang

Tiga hak agama dan tiga hak makhluk yang perlu dijaga oleh seorang hamba.

*Hak agama kepada hamba — 3 perkara*

1. Salim

- Iaitu menjaga diri daripada perkara yang merosakkan agama dan berusaha supaya agama serta iman sentiasa selamat.

2. Rabi'

- Iaitu sentiasa menambah dan menyuburkan agama dengan ilmu, amal soleh, zikir, taubat dan ketaatan kepada Allah SWT.

3. Khasir.

Iaitu apabila seseorang mensia-siakan hak agama, tidak memperdulikan perintah Allah dan akhirnya merugikan dirinya sendiri
.
*Hak segala makhluk kepada hamba — 3 perkara*

1. Seperti malaikat

- Berbuat baik, menjaga kebersihan hati dan anggota, serta tidak menyakiti makhluk.

2. Seperti binatang.

- Menunaikan hak makan, minum, tempat tinggal dan keperluan makhluk yang berada di bawah tanggungjawab kita.

3. Seperti kala dan ular.

- Berhati-hati daripada menyakiti atau memudaratkan makhluk. Jangan menjadi sebab orang lain mendapat bahaya daripada lidah, tangan atau perbuatan kita.

Sabda Rasulullah ﷺ
Maksud hadis:

“Sebahagian daripada keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi.

*Pengajaran penting:*

- Seorang Muslim hendaklah menjaga masa, lidah, pandangan, pendengaran dan fikirannya. Jangan sibuk dengan perkara yang tidak memberi manfaat kepada agama dan kehidupan akhirat.

*Ringkasnya:*

- Jaga hak Allah, tunaikan hak makhluk, dan tinggalkan perkara yang tidak bermanfaat.

- Itulah antara tanda Islam yang baik dan akhlak seorang hamba yang benar-benar menjaga dirinya.

-----------------------
Kuliah Subuh
Jumaat 1 Rabiulawal 1448H
Oleh Ustaz Muhammad Faiz bin Abd Rahman.
Kitab Hidayatul Salikin.
Masjid Ayer Molek

#kuliah #subuh #masjid #ayermolek #airmolek #melaka #malaysiakini