Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Siapakah antara kamu yang berpuasa pada hari ini?"
Abu Bakar menjawab: "Saya."
Baginda bertanya: "Siapakah antara kamu yang hari ini telah mengiringi jenazah?"
Abu Bakar menjawab: "Saya."
Baginda bertanya: "Siapakah antara kamu yang hari ini telah menziarahi orang sakit?"
Abu Bakar menjawab: "Saya."
Baginda bertanya: "Siapakah antara kamu yang hari ini telah bersedekah?"
Abu Bakar menjawab: "Saya."
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah berhimpun semua amalan ini pada diri seseorang melainkan dia akan masuk syurga."
Pengajaran hadis:
- Menggabungkan beberapa amalan soleh dalam satu hari adalah amalan yang sangat besar pahalanya.
- Empat amalan tersebut ialah:
1. Berpuasa.
2. Mengiringi jenazah.
3. Menziarahi orang sakit.
4. Bersedekah.
- Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayidina Abu Bakar RA yang segera berlumba-lumba melakukan pelbagai kebajikan dalam satu hari.
#kuliah
#subuh
#masjid
#AyerMolek
#airmolek
#melaka