• Main
  • News

Orang Yang Wajib Bersolat.

Orang Yang Wajib Bersolat.

Orang yang Wajib Bersolat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Muddaththir ayat 42–47:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ۝ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ۝ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ ۝ وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ ۝ وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ ۝ حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ

Maksudnya:
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Mereka menjawab: "Kami dahulu bukan daripada orang-orang yang mengerjakan solat."
"Dan kami tidak memberi makan kepada orang miskin."
"Dan kami selalu berbicara tentang perkara yang batil bersama orang-orang yang membicarakannya."
"Dan kami mendustakan Hari Pembalasan."
"Sehinggalah datang kepada kami al-yaqin (kematian)."
— (Surah al-Muddaththir: 42–47)

Pengajaran.

- Solat adalah kewajipan utama bagi setiap Muslim yang mukallaf (baligh, berakal dan suci daripada halangan syarak).

- Orang yang meninggalkan solat disebut sebagai antara sebab utama menerima azab.

Ayat ini juga mengingatkan bahawa seorang Mukmin hendaklah:

- Menjaga solat.

- Membantu golongan miskin.

- Menjauhi perbualan dan perbuatan yang sia-sia serta batil.

- Beriman dan yakin dengan Hari Akhirat.

- Bertaubat sebelum datangnya kematian.

Ayat ini menjadi peringatan bahawa orang yang wajib bersolat ialah setiap Muslim yang mukallaf, dan meninggalkan solat tanpa uzur merupakan dosa yang sangat besar.

Dalam fiqh, terdapat beberapa golongan orang Islam yang tidak diwajibkan mengqadha' solat, antaranya:

1. Orang kafir yang memeluk Islam – tidak perlu mengqadha' solat yang ditinggalkan sebelum memeluk Islam.

Dalil: Surah al-Anfal: 38.

2. Wanita yang haid.

- Tidak wajib solat ketika haid dan tidak wajib mengqadha' solat yang ditinggalkan.

Dalil hadis daripada Saidatina Aisyah R.A:

"Kami diperintahkan mengqadha' puasa, tetapi tidak diperintahkan mengqadha' solat." — Riwayat al-Bukhari dan Muslim

3. Wanita yang nifas.

- Hukumnya sama seperti wanita haid; tidak wajib solat dan tidak wajib mengqadha' solat selepas suci.

4. Orang yang hilang akal (gila) sepanjang tempoh hilang akal.

5. Tidak dipertanggungjawabkan dengan solat dan tidak wajib mengqadha' apabila sembuh.

Dalil hadis:
"Diangkat pena (taklif) daripada tiga golongan..." — Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi

6. Kanak-kanak yang belum baligh.

- Tidak wajib solat dan tidak perlu mengqadha' solat sebelum baligh.

Adapun orang Islam yang meninggalkan solat kerana tidur atau terlupa, mereka wajib mengqadha' sebaik sahaja teringat atau bangun daripada tidur, berdasarkan sabda Nabi SAW:

"Sesiapa yang terlupa solat atau tertidur daripadanya, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatinya." — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Nota kuliah maghrib
Selasa 4 Ogos 2026M
Malam Rabu 21 Safar 1448H
Oleh Ustaz Dr Mohd Nizam Mokhtar
Masjid Ayer Molek
Pengajian Masjid