• Main
  • News

Surah Yusuf Ayat 33–34.

Surah Yusuf Ayat 33–34.

Surah Yusuf ayat 33–34.

Ayat 33

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Maksudnya: "Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung kepada mereka dan jadilah aku daripada orang-orang yang jahil.'"
(Surah Yusuf: 33)

Ayat 34

فَاسْتَجَابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنْهُ كَيْدَهُنَّ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: "Maka Tuhan memperkenankan doanya, lalu Dia menjauhkan daripadanya tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Yusuf: 34)

Pengajaran

- Nabi Yusuf AS lebih memilih dipenjarakan daripada melakukan maksiat.

- Orang yang beriman sentiasa memohon pertolongan Allah agar dipelihara daripada fitnah dan godaan.

- Mengakui kelemahan diri di hadapan Allah adalah tanda tawaduk, bukan kelemahan iman.

- Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya yang ikhlas dan akan memberikan perlindungan mengikut hikmah-Nya.

- Keselamatan agama hendaklah diutamakan walaupun terpaksa menanggung kesusahan di dunia.

Kuliah Maghrib malam ini.

Ahad 26 Julai 2026M
Malam Isnin 12 Safar 1448H.

Oleh *Ustaz Dr Mohd Yusri bin Hj Kamaruddin*

Kitab: *Kisah Para Ambiya'*

Untuk yg nak menyumbang tabung masjid

No akaun *04010003360719*
Lembaga Masjid Ayer Molek
Bank Muamalat Berhad

Masjid Al-Khairiah Ayer Molek Melaka
https://maps.app.goo.gl/NaRDaiwcNXHzpVg56?g_st=ic

https://www.facebook.com/MasjidAirMolek

https://masjidayermolek.com/