• Main
  • News

Zikir Ketika Berjihad Dan Bermusafir.

Zikir Ketika Berjihad Dan Bermusafir.

Zikir ketika berjihad dan bermusafir.

Antara zikir yang diajar Rasulullah SAW:
Ketika bermusafir

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bertakbir ketika menaiki tempat tinggi
"Allahu Akbar"

Bertasbih ketika menuruni lembah
"Subhanallah"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Doa musafir
اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر والتقوى...
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis-hadis tentang jihad

Amalan yang paling utama Seorang
sahabat bertanya:

"Apakah amalan yang paling utama?"

Baginda menjawab:
"Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya."

Ditanya lagi:
"Kemudian apa?"
Baginda menjawab:
"Jihad pada jalan Allah."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran mujahid

"Sesiapa yang berjihad pada jalan Allah walaupun hanya sekadar memerah susu unta, maka syurga baginya."
(Riwayat Ahmad)

Mati syahid

"Orang yang mati syahid diampunkan segala dosanya kecuali hutang."
(Riwayat Muslim)

Ujian dalam jihad.

Allah SWT berfirman:

"Adakah kamu menyangka akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu ujian seperti orang-orang terdahulu..." (Surah Al-Baqarah: 214)

Bentuk ujian jihad:

- Takut kepada musuh.

- Kelaparan dan keletihan.

- Kehilangan harta.

- Berpisah dengan keluarga.

- Kesabaran dan keikhlasan.

- Jihad bukan sekadar peperangan, bahkan termasuk jihad melawan hawa nafsu, menuntut ilmu, berdakwah serta mempertahankan agama mengikut syariat.

Kisah Ummu Haram binti Milhan r.a.

Ummu Haram binti Milhan r.a. ialah sahabat wanita yang mulia serta ibu saudara Rasulullah SAW dari susuan.
Suatu hari Rasulullah SAW tidur di rumah beliau, kemudian Baginda tersenyum lalu bersabda bahawa Baginda melihat sekumpulan umatnya akan berjihad di lautan, seperti raja-raja di atas singgahsana.

Ummu Haram berkata:
"Wahai Rasulullah, doakan agar aku termasuk dalam kalangan mereka."
Baginda menjawab:
"Engkau termasuk dalam kalangan yang pertama."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a., ketika Muawiyah memimpin ekspedisi laut pertama umat Islam ke Cyprus, Ummu Haram turut serta. Setelah tiba di Cyprus, beliau terjatuh daripada tunggangannya lalu wafat dan dikebumikan di sana. Makam beliau dikenali sebagai Hala Sultan Tekke di Larnaca, Cyprus.

Pengajaran

- Wanita juga mempunyai peranan besar dalam perjuangan Islam.

- Keikhlasan dan cita-cita untuk berjihad mendapat doa Rasulullah SAW.

- Ganjaran Allah bergantung kepada niat dan kesungguhan dalam berjuang di jalan-Nya.

- Jihad memerlukan pengorbanan harta, tenaga dan jiwa demi meninggikan agama Allah.

Nota kuliah subuh
Ahad 4 Safar 1448H
Oleh Ustaz Azizan Lim Anuar
Masjid Ayer Molek