• Main
  • News

Taqwa Lahir Daripada Amal Soleh.

Taqwa Lahir Daripada Amal Soleh.

Taqwa lahir daripada amal soleh.
Amal soleh lahir daripada ilmu.
Ilmu ialah imam yang membimbing setiap amal.

Taqwa itu datangnya daripada amal soleh.
Amal soleh itu datangnya daripada ilmu.
Ilmu itu imam kepada amal.

Dalil yang selari dengan maksud ini ialah firman Allah SWT:

"Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah dalam kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu."
(Surah Fātir: 28)

Ilmu → Amal Soleh → Taqwa.

Berkenaan ilmu yang bermanfaat (العِلْمُ النَّافِع), ia bukan sekadar ilmu yang banyak, tetapi ilmu yang:

- Dipelajari kerana Allah.

- Difahami dengan benar.

- Diamalkan dalam kehidupan.

- Menghasilkan akhlak yang mulia.

- Memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Imam al-Ghazali menegaskan bahawa ilmu tanpa amal adalah sia-sia, manakala amal tanpa ilmu mudah tersasar.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima."
(Riwayat Ibn Majah)

Mutiara kata dalam kuliah:

*Ilmu yang bermanfaat melahirkan amal soleh. Amal soleh menyuburkan taqwa. Taqwa menghampirkan hamba kepada Allah SWT.*

uliah Subuh
Jumaat 24 Muharram 1448
Ustaz Muhammad Faiz Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar
Masjid Ayer Molek