• Main
  • News

رَضِيتُ بِاللّٰهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا

رَضِيتُ بِاللّٰهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا

رَضِيتُ بِاللّٰهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا وَرَسُولًا

Rumi:

Radhītu billāhi rabbā, wa bil-islāmi dīnā, wa bi Muḥammadin nabiyyan wa rasūlā.

Maksud:

Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai nabi dan rasulku.

Ini adalah zikir yang sangat dianjurkan.

Rasulullah ﷺ bersabda bahawa sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi dan petang dengan penuh keredaan, Allah akan meredhakannya pada hari kiamat...

Taqarrub ilallah (التقرّب إلى الله) bermaksud mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan penuh keimanan, ketaatan, kecintaan, dan keikhlasan.

Allah SWT berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya..."
(Surah Al-Ma'idah: 35)

Antara cara bertaqarrub kepada Allah ialah:

- Menjaga solat fardu pada waktunya.

- Memperbanyakkan solat sunat.

- Membaca, mentadabbur dan mengamalkan al-Quran.

- Berzikir dan berselawat.

- Berdoa dengan penuh pengharapan.

- Bersedekah dan membantu orang lain.

- Menjauhi maksiat serta bertaubat apabila melakukan dosa.

- Ikhlas dalam setiap amal kerana Allah semata-mata.

Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah berfirman:

"Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya..."
(Riwayat al-Bukhari)

Ringkasnya, taqarrub ilallah bukan sekadar melakukan banyak ibadah, tetapi menjadikan seluruh kehidupan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga memperoleh reda dan kasih sayang-Nya.

Wallahualam.

Catatan Nota Kuliah
Kuliah Maghrib malam ini.

Isnin 6 Julai 2026M
Malam 21 Muharram 1448H

Oleh *Ustaz Osman Abd Halim*

Kitab: *Penawar Bagi Hati*
Sambungan tajuk *Redha dgn Qadha' Allah Ta'ala*

Untuk yg nak menyumbang tabung masjid

No akaun *04010003360719*
Lembaga Masjid Ayer Molek
Bank Muamalat Berhad

https://maps.app.goo.gl/NaRDaiwcNXHzpVg56?g_st=ic

https://www.facebook.com/MasjidAirMolek

https://masjidayermolek.com/