• Main
  • News

Sebelum Meninggalkan Bumi Suci Untuk Pulang Ke Tanah

Sebelum Meninggalkan Bumi Suci Untuk Pulang Ke Tanah

Sebelum meninggalkan bumi suci untuk pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji, para jemaah disunatkan melakukan beberapa amalan sebagai tanda syukur dan menyempurnakan ibadah:

1. Melaksanakan Tawaf Wada' (Tawaf Perpisahan)

- Ia merupakan amalan terakhir sebelum keluar dari Makkah bagi mereka yang bukan penduduk Makkah.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah seseorang itu meninggalkan Makkah sehingga akhir urusannya ialah (dengan) Baitullah."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Memperbanyakkan doa di Masjidil Haram

- Memohon agar Allah menerima haji (haji mabrur).

- Berdoa agar diberi peluang kembali ke Baitullah.

- Memohon istiqamah dalam ibadah selepas pulang.

3. Memperbanyakkan istighfar dan taubat

- Mengakui segala kekurangan dalam menunaikan ibadah.

- Memohon keampunan atas segala kesilapan.

4. Bersedekah dan melakukan kebaikan

- Membantu jemaah lain jika mampu.

4. Menginfakkan baki wang kepada yang memerlukan.

5. Mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah dengan penuh adab

- Pandang Kaabah dengan rasa syukur dan rendah hati.

- Elakkan perbuatan yang sia-sia atau melalaikan.

6. Berniat untuk menjaga kemabruran haji

- Menjaga solat berjemaah.

- Memelihara akhlak.

- Memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran dan amal soleh.

- Meninggalkan maksiat serta memperbaiki hubungan sesama manusia.

Antara doa yang boleh dibaca

اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ هَذَا آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ بَيْتِكَ الْحَرَامِ، وَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِي مَرْحُومًا وَلَا تَجْعَلْنِي مَحْرُومًا، وَارْزُقْنِي الْعَوْدَ إِلَيْهِ مَرَّاتٍ كَثِيرَةً

Maksudnya: "Ya Allah, janganlah jadikan ini pertemuanku yang terakhir dengan Rumah-Mu yang Mulia. Jika Engkau takdirkan ia menjadi yang terakhir, maka jadikanlah aku orang yang Engkau rahmati, bukan orang yang terhalang daripada rahmat-Mu. Kurniakanlah kepadaku rezeki untuk kembali menziarahi Baitullah berkali-kali."

Semoga Allah menerima ibadah haji seluruh jemaah, mengurniakan haji yang mabrur, dosa yang diampunkan, serta mengembalikan mereka ke tanah air dengan selamat dan istiqamah dalam ketaatan kepada-Nya. Aamiin.

Kuliah Subuh pagi ni
Ahad 19 Muharram 1448H
Oleh Ustaz Azizan Lim Anuar
Kitab Terjemahan Al-Azkar Imam Nawawi.
Bab Amalan sebelum kembali ke tempat asal dari menunaikan Haji.