• Main
  • News

???????????????????? ????????????????’???? & ???????????????? ????????????????????????

Puasa Tasu’a dilakukan sehari sebelum Hari Asyura, iaitu pada 9 Muharram (25 Jun 2026), dan ia sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri pernah berpuasa pada hari Tasu’a dan menganjurkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut sebagai satu bentuk ibadah tambahan.

Sementara itu, Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram (26 Jun 2026), iaitu hari yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran yang besar. Antara kelebihannya ialah dihapuskan dosa setahun yang lalu bagi mereka yang berpuasa pada hari tersebut, seperti yang disebut dalam hadis sahih.

Nabi SAW bersabda:
“Puasa pada hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Baginda SAW juga bersabda:
“Jika aku masih hidup tahun depan, pasti aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasua).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Selamat berpuasa hari Tasu'a (9 Muharram) dan hari 'Asyura (10 Muharram) lillahi Ta'ala.