• Main
  • News

*majlis Bacaan Yasiin, Al-mulk Dan Tahlil Arwah Serta

*majlis Bacaan Yasiin, Al-mulk Dan Tahlil Arwah Serta

*MAJLIS BACAAN YASIIN, AL-MULK dan TAHLIL ARWAH serta MENYANTUNI ANAK YATIM SEMPENA HARI ASYURA 10 MUHARRAM 1448H*

Masjid Al-Khairiyah Ayer Molek Melaka.

Assalamualaikum wbt.

Dengan penuh hormat dan takzim, kami menjemput seluruh anak kariah, penduduk setempat serta muslimin muslimat untuk hadir memeriahkan Majlis ini yang akan diadakan seperti berikut:

*Khamis 25 Jun 2026M*
*Malam 10 Muharram 1448H*
*Selepas Solat Maghrib*

Antara pengisian program:

• Solat Maghrib berjemaah

• Bacaan Yasin, Al-Mulk & Tahlil.

• Solat Isyak berjemaah

• Selawat berserta Penyerahan sumbangan kepada anak yatim.

• Jamuan makan

Hari Asyura bukan sekadar hari bersejarah dalam Islam, tetapi juga peluang untuk kita menghidupkan hati dengan ibadah, mengeratkan ukhwah sesama masyarakat, dan menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak yatim.

Sempena program ini juga, pihak masjid berhasrat untuk menyantuni 30 orang anak yatim yg berada dalam kariah masjid.

Justeru, jika ada rezeki lebih, tuan/puan amat dialu-alukan untuk turut sama menyumbang agar mereka dapat merasai kegembiraan, perhatian dan kasih sayang daripada kita semua.

Mudah-mudahan kehadiran kita, doa kita dan sumbangan kita menjadi amal soleh yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Jom hadir beramai-ramai, bawa anak-anak dan keluarga bersama.

Semoga Majlis Hari Asyura kali ini menjadi medan untuk kita berkumpul dalam suasana ibadah, kasih sayang dan keberkatan. InsyaAllah.